Wednesday, June 10, 2009

SIAPAKAH ANDA SEBENARNYA???

Salam and semoga ceria selalu......

Cuba korang pikir , korang termasuk dalam kategori mana???

1. Siapakah orang yang paling sibuk?
... Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak menambil berat akan waktu solatnya seola-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

2. Siapakah orang yang paling manis senyumannya?
... Orang yang mempunyaisenyuman paling manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu ia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah orang yang paling kaya?
... Orang yang paling kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia sementara ini.

4. Siapakah orang yang paling miskin?
... Orang yang paling miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada, lalu sentiasa menimbun harta. Kekayaan tak cukup-cukup.

5. Siapakah orang yang paling rugi?
... Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan dan seseorang yang dapat RAMADHAN lalu membiarkan ia berlalu tanpa Taubat dan dana Amal SOLEH.

6. Siapakah orang yang paling cantik?
...Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
... Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
... Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menhimpitnya.

9. Siapakah orang yang mempunyai akal?
... Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu didunia untuk menhindari seksa neraka.

10. Siapakah orang yang bijak?
... Orang yang bijak ialah orang yang tidak membiarkan pernyataan-pernyataan di atas begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula kepada orang lain. Maksudnya dia menyampaikan sebarang ilmu kebaikan dan maklumat berguna yang diperolehi kepada orang lain.

Sekian, Terima Kasih.

0 comments:

Post a Comment