Monday, June 22, 2009

Selingan Iklan - Sale !!! Branded Kids Apparel

0 comments


Layarilah amboishoppe.com sempena jualan pakaian kanak-kanak berjenama.Koleksi pakaian AmboiShoppe.com terdiri daripada jenama seperti Carters, Next, Guess, Gymboree, Cherokee ,Nick Jr.Sila lihat menu PANDUAN untuk mendapatkan tips berkenaan ukuran pakaian di kedai kami.Setiap pakaian telah disediakan dengan ukuran agar mudah untuk pelanggan membelinya.Pakaian kanak-kanak yang dipaparkan adalah dari gedung Factory Outlet




Photobucket

Preview Pakaian Kanak-Kanak Perempuan - Klik Disini
Preview Pakaian Kanak-Kanak Lelaki- Klik Disini

Wednesday, June 10, 2009

SIAPAKAH ANDA SEBENARNYA???

0 comments

Salam and semoga ceria selalu......

Cuba korang pikir , korang termasuk dalam kategori mana???

1. Siapakah orang yang paling sibuk?
... Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak menambil berat akan waktu solatnya seola-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

2. Siapakah orang yang paling manis senyumannya?
... Orang yang mempunyaisenyuman paling manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu ia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah orang yang paling kaya?
... Orang yang paling kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia sementara ini.

4. Siapakah orang yang paling miskin?
... Orang yang paling miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada, lalu sentiasa menimbun harta. Kekayaan tak cukup-cukup.

5. Siapakah orang yang paling rugi?
... Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan dan seseorang yang dapat RAMADHAN lalu membiarkan ia berlalu tanpa Taubat dan dana Amal SOLEH.

6. Siapakah orang yang paling cantik?
...Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
... Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
... Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menhimpitnya.

9. Siapakah orang yang mempunyai akal?
... Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu didunia untuk menhindari seksa neraka.

10. Siapakah orang yang bijak?
... Orang yang bijak ialah orang yang tidak membiarkan pernyataan-pernyataan di atas begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula kepada orang lain. Maksudnya dia menyampaikan sebarang ilmu kebaikan dan maklumat berguna yang diperolehi kepada orang lain.

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, June 9, 2009

Murah Rezeki

0 comments

Assalammualaikum..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat!. Kebetulan saya ada terbaca dalam satu forum berkenaan dengan rezeki dan saya nak share dengan kawan-kawan sekelian. Harap dibetulkan jika ada yang tersalah atau terkurang, harap ada yang menambah jika ia membawa kebaikan kepada kita semua.

1. Bersedekah.
"...Perumpamaan mereka yang mendermakan harta dijalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh tangkai dan dari setiap tangkai membuahkan seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(Al-Baqarah 261)

2. Memperbanyakkan Istighfar Dan Taubat
"...Maka aku kata kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai."
(Nuh 10-12)

3. Memiliki sifat Taqwa.
"...Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka...."
(Ath Talak ...2-3...)

4. Bertawakal.
"...Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah megadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Ath Talak ...3)

5. Menyempatkan Diri Untuk Beribadah.
"Sesungguhnya Allah telah berfirman: Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah Ku, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukan, meka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."
(Hadis)

6. Mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah.
"Ikut serta antara haji dan umrah. Sesungguhnya keduanya itu menghapuskan kefakiran dan dosa seperti dapur api menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tidak ada pahala bagi haji yang mabrur melainkan Syurga."
(Hadis)

7. Sillaturrahim.
"Beritahukan pada nasab keturunanmu sesuatu yang dapat menyambung saudaramu. Sesungguhnya menyambung sanak saudara itu menimbulkan kasih sayang dalam keluarga, melimpahkan harta benda dan menambahkan usia."
(Hadis)

8. Berhijrah Di jalan Allah
"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak."
(An-Nisa 100)

9. Berbuat Baik kepada Orang-orang Yang Lemah.
"Tidakkah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di antara kamu."
(Hadis)

"Carilah aku dikalangan orang-orang lemah kami. Sesungguhnya kamu diberi rezeki dan diberi pertolongan adalah hanya kerana orang-orang lemah kamu."
(Hadis)

10. Berderma Kepada Penuntut Ilmu Agama
"(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jidah) dijalan Allah, mereka tidak dapat berusaha dibumi, orang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. dan apa sahaja harta yang baik yang kami nafkahkan (dijalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
(Al Baqarah 273)

"Adalah bagus sekali bersedah kepada para penuntut ilmu. Hal itu akan menolong mereka dalam menuntut ilmu agama. Sedangkan menuntut ilmu agama adalah amal yang mulia."
(Imam Al-Ghazali)

Renung-renungkan la ayat-ayat ini dan sama-samala kita ambil iktibar dan pengajarannya. Wasalam.